Followers

Doa

Ya Allah Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (Nama)Mu, Hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat) Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepadaMu. Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna , hati yang khusyu', ilmu yang berguna , keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami ( Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri, atau menyembah selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung RahmatMu kepada kami , keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta ( perkenankanlah)

Wednesday, May 19, 2010

Hari ini aku mendaftar anak aku Irfan ke sebuah sekolah. Terkejut besar bila aku dan anak menunggu di kelas selama hampir 40 minit, tetapi hanya murid-murid tahun 2 sahaja yg berada di dlm kelas bersama kerja bertulis di papan hitam dan buku rekod mengajar sahaja yg di tinggalkan. Masa aku sampai murid-murid keluar dan bermain-main di luar. Kelas plak tu di tingkat 4.. adoiii.. risau jugak la aku tgk budak2 ni.. Nak tak nak aku la yg kena kawal kelas.. bila tanya pada murid2.. cikgu pergi sembahyang.

Tunggu punya tunggu cikgu tak sampai jugak.. jadi terpaksa la aku turun ke bwh dgn ketua kelas (yg nk hantar rekod mengajar).. sampai kat bilik guru.. Aku pun bertanya la pada cikgu yg ada di bilik guru.. Sekali lagi jawapan menyedihkan.. (cikgu XXX pergi ke kantin).. Dalam hati aku terus berdebar-debar.. Kenapa la cikgu ni boleh solat waktu p&p dan sekarang dia free dan terus ke kantin.. kan boleh solat waktu free dan masa tu masih lagi dalam waktu zohor.

Nanti citer lagi..