Followers

Doa

Ya Allah Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (Nama)Mu, Hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat) Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepadaMu. Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna , hati yang khusyu', ilmu yang berguna , keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami ( Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri, atau menyembah selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung RahmatMu kepada kami , keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta ( perkenankanlah)

Sunday, April 11, 2010

Penghijrahan..

"Setiap sesuatu itu bermula dengan niat. Dan setiap seorang mendapatkan apa yg diniatkan. Oleh itu sesiapa yang berhijrah kerana Allah swt dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah untuk itu, dan barang siapa ygn berhijrah untuk mengahwini seorang perempuan maka penghijrahanya adalah untuk itu pula." Hadith 40 An-Nawawi.

"Suatu kehidupan yang dilalui dengan terbentuknya kesilapan-kesilapan bukan hanya menjadikan ia lebih mulia, tetapi jugak lebih berguna daripada suatu kehidupan yang dilalui tanpa berbuat apa-apa." George Bernard Shaw

No comments:

Post a Comment